Pada fajar tahun baru 2012, segerombolan mahasiswa mahasiswi berusaha ‘menaklok’ UPSI dengan kekerasan. Saya katakan dengan ‘kekerasan’kerana terdapat unsur unsur paksaan, desakan, tuntutan, kedegilan, yang kesemuanya menunjukan gejala gejala mengganas dan rusuhan. Apatah lagi dengan bibit bibit terpekik, terlolong,mendabik dada, menguji ketabahan pihak polis.
Kesemuanya sejajar dengan gaya ‘politik baru’ yang dicorak oleh pihak pembangkang. Sesunggohnya kebuasan yang merasuk sekumpulan mahasiswa mahasiswi di kampus kampus akhir akhir ini mencerminkan ‘angin perubahan’ dengan ‘trademark’ berikut: tuntutan, desakan, jalanan, tentangan,hasutan, tanpa arah dan persoalan pokok yang jelas dan rasional. Yang penting bukan persoalan, tetapi tangkal ‘lawan tetap lawan’. Persoalan tak penting, asalkan menimbulkan ketegangan dan keghairahan menggila.
Sebenarnya apakan ‘kebebasan akademik’? Kebebasan yang dimaksudkan adalah kebebasan mengasah otak, belajar, meluaskan ufuk pemikiran dan wawasan, tanpa berperangsaka, tanpa di pengaruhi politik memihak dan berkepentingan mana mana pihak. Idealismenya itu ialah melengkapkan diri untuk memberi kepimpinan kepada masyarakat kelak. Ditinjau dari segi ini, tidak mengira batasan AUKU, mahasiswa mahasiswi maseh banyak ruang untuk mendidik dan meluaskan ufuk idea idea mereka.
Selalunya mahasiswa mahasiswi jalanan, tiduran (atas jalan), pekikan, lebih mempertikaikan batasan atau sempadan, tapi selalunya tidak sepenuhnya, malah sedikit pun, mengguna ruang yang maseh diberi. Sebenarnya undang undang dan akta akta berkenaan adalah bertujuan menjamin kebebasan akademik sebenarnya, yang justeru perlu ditentukan batasan dan sempadannya. Mahasiswa jalanan dapat diibaratkan pemain bola sepak yang tidak bermain dipadang tetapi menghabiskan masa dan tenaga membantah sempadan padang dan peraturan permainan. Yang lucu mereka menumpukan masa dan tenaga menuntut dimansuhkan peraturan permainan, agar mereka ‘bebas’ bermain!
Dinilai dari segi ‘kebebasan akademik’ tulen, mahasiswa mahasiswi jalanan ini sudah jauh terpesong dan songsang. Kalau kita amati tindak tanduk dan perilaku mereka, kita lihat ciri ciri berikut: a)mereka mengaku sohor, tetapi sebenarnya tohor, b) konon mahu ‘membebas’ tetapi mereka sendiri terbabas dari landasan kebebasan akademik, c) menganggap diri ‘bebas’ tetapi sebenarnya kebas minda dan jiwa, dibelenggui, ditandu pihak pihak berkepentingan, d) mahu memupuk mahasiswa mahasiswi jalanan yang ‘bebas’, umpama lalang yang patut ditebas demi keutuhan kampus dan kebebasannya.
Saya harap 'mahasiswa bebas' memandu 'mahasiswa terbabas' ini pulang ke pangkal jalan!
No comments:
Post a Comment